Sunday, 3 March 2013

Cara Pembungkusan Setiap Tempahan

Hari ni saya ingin  memperlihatkan kepada anda cara pengbungkusan yang kami sediakan.Banyak  tempahan yang kami terima dan kebanyakkan  pelanggan tidak pasti akan rupa kotak-kotak atau bekas yang digunakan untuk meletakkan "cupcake" ... Di bawah  ini adalah antara contoh kotak atau bekas yang digunakan...




Ini  sesuai untuk "cupcake" yang bersaiz (S), kotak kecil seperti ini sesuai untuk doorgift atau untuk majlis keraian. Kebiasaannya kotak ini digunakan untuk mengisi telur bagi majlis perkahwinan.Kita boleh pelbagaikan kegunaannya 
 
 
 
 
 
 Yang ini pula untuk kotak 2-hole "Cupcake"... sesuai untuk doorgift perkahwinan atau majlis kesyukuran... apa-apa majlis pun sesuai sebenarnya sebab ia mudah untuk dibawa... terdapat 2 warna yang boleh dipilih.. sama ada Kuning  atau Pink .
 
 
 
 
 
 Contoh kotak bertingkap sebagai bungkusan untuk "cupcake" di kedai kami.
 
 
 
 
 
 Ini satu lagi contoh kotak "cupcake" untuk 25 biji... sesuai untuk hantaran atau hadiah... kotak ini akan dihias mengikut permintaan pelanggan...
 
Ini lah serba sedikit berkenaan bekas-bekas yang biasanya digunakan untuk tempahan.
 
 
Gambar-gambar diatas adalah sebagai contoh sahaja, tidak semestinya menggunakan bekas-bekas yang sama seperti itu...hanya sebagai panduan..




Every Bites Will Remind You Happy Memories
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...